October 31, 2012

Ribut Taufan Sandy (Why Sandy?)

Assalamualaikum

Mungkin semua orang dah tahu pasal Ribut Sandy nih , aku yang tahu beberapa hari lepas pun still blur2 lagi kebende la ribut nih ,mungkin terlalu sibukkan raya haji ( padahal sibuk makan je ) so ribut ni pun aku just tahu macam2 tu je, ini pun first time dgr,masa first time dgr pasal ribut nih, aku ingatkan biasa2 je, yela ,nama pun ribut sandy , kepala aku terbayang Sandy dalam cerita Spongebob so aku xbyangkan ribut tu sangat besar & ganas , aku bygkan ribut pasir macam dalam Mission immposible (ghost protocol) yg ada Tom Cruise tu.See , noob kan.and then masa tgk berita.Subhanallah , ribut Taufan macam tu sikit punya besar aku boleh pandang remeh je.

Ribut ni hanya membawa angin yang laju dan bersamanya ada awan-awan tebal dan bergulung yang menurunkan hujan. Memang  takda kaitan dengan pasir pun okes.

Tau mana datang nama Sandy? nama ORANG you know, bukannya nama benda seperti pasir. Pihak ajk meteorologi di sana akan menamakan ribut taufan yang melanda negara diorang  ni dengan satu nama orang mengikut abjad daripada huruf A-Z. Ribut kali ni adalah giliran huruf S sebab tu dinamakan Sandy. Sebelum ribut Sandy ni ada satu ribut yang dinamakan dengan Rafael dan ribut yang akan datang ni sudah ada namanya iaitu ribut Tony dan ribut selepas Tony juga sudah ada nama iaitu Valerie.

Manakala, huruf Q, U, X, Y, dan Z pula tidak digunakan kerana ada masalah sebutan nama atau pun kurangnya nama yang bermula dengan huruf tersebut. Nama - nama ribut yang sudah lepas ini juga tidak akan berulang. Hanya sekali untuk untuk seumur hidup.Err agak interesting & weird kan ? And most of the names , nama perempuan , &  they said , kesan sesuatu negara selepas dilanda ribut ni sama dengan kesan yang diakibatkan oleh perempuan yang baru lepas mengamuk. like Seriously -___-









Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." 
(Surah As-Syura: ayat 30)

"Wahai kaum-Ku, mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus melakukan dosa." 
(Surah Hud: ayat 52)
Wallahualam

2 comments:

misshannajr said...

hurmmm!! scary sgt la tengok pic2 ni..fakta2 yg menarik..

erry edz said...

nice blog :)
salam perkenalan. do follow mine :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...